mesti sesetengah orang tertanya-tanya
apakah PPD??
tetapi bagi pelajar perubatan UKM
semua sudah memahami akan modul ini
..for those yang masih berteka-teki..
PPD
is stand for
PERSONAL AND PROFESSIONAL DEVELOPMENT
modul ini lebih bercorak kepada membentuk diri
terutama kepada pelajar perubatan
untuk menjadi seorang doktor yang menyeluruh
dari segi akhlak dan moral
bukan hanya menumpukan kepada ilmu semata-mata
apa yang istimewa tentangnya
hanya UKM sahaja yang telah menerapkan modul
ini sebagai salah satu kompenan dalam pembelajaran
dari tahun pertama hingga tahun kelima
apa yang lebih menarik lagi
modul ini menganjurkan kem
yang mana perlu dihadiri oleh semua pelajar
ketika berada pada
tahun pertama, ketiga dan kelima
bukan sahaja pelajar tetapi para profesor, profesor madya dan doktor
juga turut terlibat dalam kem ini
betapa tingginya pengorbanan mereka kerana sanggup
meninggalkan keluarga, meninggalkan klinik,
demi untuk memberikan ilmu, menaburkan jasa
demi membentuk para pelajar menjadi doktor bertaraf 5 bintang..
sewaktu aku berada di tahun pertama
kem ini diadakan di Ulu Kenas @ UK
dan pada kali ini
diadakan di Ulu Sepri @ US
beza kem kali ini dengan yang lepas
ialah tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam kumpulan kecil
lebih matang berbanding dulu
antaranya
:: CONFIDENTIALITY & DOCTOR-PATIENT RELATIONSHIP ::
:: HONESTY & RESPECT ::
:: MEDICAL ETHIC ::
:: MANAGING DIVERSITY ::
:: ACCOUNTABILITY AS MEDICAL STUDENT ::
kem ini juga menitik beratkan
semangat berkumpulan
yang mana boleh dipupuk
dalam aktiviti
SKETCH & KEMBARA
jangan tak percaya kalau budak-budak perubatan
juga mempunyai jiwa seni
banyak bakat-bakat berlakon dapat ditonjolkan
dan untuk kumpulan aku @ 7-UP
kami diberi senario di mana
pesakit HIV+ve tidak mahu memberitahu pasangannya
tentang keadaan dirinya
banyak idea-idea dilontarkan dan akhirnya
idea Kok Joo diterima
walaupun kurang sense of humour
tetapi sangat penuh dengan informasi yang menarik
oleh sebab itulah
kumpulan aku menang sebagai
THE BEST SKETCH
walaupun dah dua kali menghadiri kem
tetapi inilah pertama kali
kami mengikuti kembara kerana pada kem lepas
cuaca tidak mengizinkannya
semasa kembara inilah
ahli kumpulan saling mengambil berat antara satu sama lain
apa yang lebih menguji dalam kembara
ialah bagaimana kita menjaga amanah yang diberikan
dan adakah kita betul-betul peka dengan keadaan di sekeliling
selain itu
semangat patriotik dan sayangkan negara
juga merupakan salah satu objektif dalam kem ini
dan kami diberikan ceramah tentang
ANCAMAN KESELAMATAN & POLITIK KAMPUS
oleh pihak BTN
kalau hendak dihitung
sebagai pelajar perubatan UKM
kami akan menghadapi kursus BTN sebanyak 4 kali
kerana selepas graduasi juga terdapat lagi satu
kursus oleh pihak BTN
di celah-celah kegembiraan
aku sedikit terkilan kerana
tidak diberikan kembali surat yang telah ditulis ketika tahun pertama
walaubagaimanapun
kem kali ini memang seronok dan banyak memberi
input-input berguna untuk tahun klinikal

GROUP 7-UP
maryam, adeeba, farhana, ain, dr khairul izan, isma, yun ting,
ho, wei ying, kok joo, dinesh, chie chie, mr utharas, faidhi
tau takpe
ReplyDeletesy nak sgt bace surat 1st yr dulu
dah tak ingt tulis ape
wakakkaa
jgn dilupe pnglmn mmbuat perfomance sbb x ttp lampu..=p
ReplyDeletex dpt di mne2...
hnya di kem PPD US..
nanti kita leh wat band 'sepohon kayu'...:)
ReplyDelete