Saturday, June 5, 2010

berakhir sebuah penantian

kalau dihitung
sudah 4 hari berlalu
di mana keputusan peperiksaan ulangan
diumumkan

:: ALHAMDULILLAH ::
kejayaan berpihak kepada diri ini

di saat kegembiraan itu dirasai
satu kesedihan menjelma
bila diberitahu bahawa ada
sahabat-sahabat seperjuanganku
diperlahankan perjalanan bagi mencapai impian yang sama
tetapi apa yang telah aku lalui sekarang
belum menentukan masa depanku
mungkinkah aku akan diuji juga dengan benda yang sama??

moga Allah sentiasa menabahkan hati mereka
untuk melalui semua dugaan ini

kini
aku seperti perlu bermula dari bawah
kerana pembelajaran di tahun klinikal
memang berbeza dengan tahun pra klinikal
yang mana setiap perkara atau apa yang ingin dipelajari
adalah inisiatif diri sendiri
andai rajin ke wad, workshop
dapatlah ilmu baru
tetapi
andai malas melakukannya
terkejar-kejarlah bila exam menghampiri diri

semoga diri ini sentiasa istiqamah
dalam melalui tahun klinikal ini...

2 comments:

  1. Tahniah ana.. seronok nyer dah nk masuk klinikal.. kita skang baru nk amik final exam first year.. doakan kita ek..!!

    ReplyDelete
  2. insya allah, cik tie...
    i know u can do it really well.
    all da best

    ReplyDelete