Monday, June 14, 2010

J.K.M

:: first posting for my clinical year ::

mostly ramai yang berharap dapat
posting nie yang terakhir kerana
banyak ura-ura mengatakan
JKM posting yang paling enjoy
dan ibarat macam honeymoon...

tapi
aku awal-awal lagi dah mula bercuti
tipu kalau aku tak jealous tengok
member-menber dah ke hulu ke hilir
pakai white coat
tapi aku ke hulu ke hilir
pakai baju kurung jer...

tak kisahlah nanti giliran aku pun akan datang juga

betul firasat aku kerana
lepas jer jawab reseat paper MS hari tue
memang dah rasa diri nie akan ditempatkan dalam
posting nie dan jangkaanku tepat sekali...

ibarat macam mendaki bukit pun ada juga
bermula dengan yang paling asas dan mudah
kemudian perlahan-lahan
merasa kegetiran untuk posting yang lain...

bila dah go through
briefing and lecture tadi
semangat berkobar-kobar untuk ke Tanjung Karang...

mungkin nampak posting nie senang
sebabnya tak perlu beli buku
tak perlu masuk wad buat clerking kat patient
cuma yang banyaknya
kena keluar masuk
Pejabat Kesihatan Daerah, Klinik Desa & Hospital Daerah

dalam posting nie aku akan
belajar basic-basic susur galur yang ada
dekat tempat-tempat tersebut
kerana pelajar perubatan adalah hak milik
Kementerian Kesihatan Malaysia
dan bila dah graduasi pun kita akan
bekerja dengan sistem mereka
so, takkan bila dah kena masuk klinik
teraba-raba tak tahu nak conduct macam mana
kalau nak jadi specialist apa-apa pun
asas tentang public health mesti ada dalam minda...
(bak kata doktor JKM)

antara tugasan yang akan dijalankan
ialah membuat report, pergi survey dari rumah ke rumah,
buat satu program intervention dll...

apa yang menarik pula tentang posting nie ialah
bilik yang ber'air-cond',
tempat-tempat menarik,
kedai-kedai makan yang best,
barang-barang yang murah-murah yang
ada di Tanjung Karang...
(sambil menyelam minum air la)

bukan itu saja
dalam posting nie jugalah
boleh lihat teamwork and leadership
dalam diri setiap pelajar...

bagi aku
walaupun kita berada dalam mana-mana posting
yang penting kita mesti enjoy to learn the new knowledges
barulah tak rasa bosan...

nota : akan berpindah ke tempat baru pada hari Rabu ini akan menetap di sana selama 2 bulan..going to miss my room

No comments:

Post a Comment