ketika aku masih lagi bisa bergerak bebas
mereka sentiasa diawasi
ketika aku masih lagi bisa berteduh di kala hujan
mereka kehilangan tempat perlindungan
ketika aku masih lagi bisa menikmati pelbagai makanan
mereka bertahan menahan kelaparan
ketika aku masih lagi bisa menimba ilmu
mereka kehilangan tempat belajar
ketika aku masih lagi bisa bergurau senda
mereka penuh dengan tangisan
ketika aku masih lagi bisa menelefon keluarga
mereka kehilangannya satu persatu
ketika aku masih lagi bisa berdebar menunggu keputusan exam
mereka sentiasa berdebar menunggu segala kemungkinan
aku tak mampu pergi berjuang
atau mungkin
aku takut untuk pergi berjuang
tetapi mereka cukup yakin
mereka cukup berani
mereka sanggup mengorbankan nyawa sendiri
mereka sanggup meredah segala ancaman
mereka terus berteguh hati
kerana harga sebuah maruah
kerana harga sebuah erti kemanusiaan
mungkin aku dan umat yang lain jauh
daripada mereka
mungkin aku tak mampu untuk mengangkat senjata
tetapi
aku mampu untuk mengangkat tanganku
menadah sepuluh jariku
untuk satu-satunya senjata yang aku miliki
iaitu
:: DOA ::
" Ya Allah,
selamatkanlah saudara-saudaraku yang sedang berjuang di jalan-Mu
selamatkanlah saudara-saudaraku yang dikejam oleh musuh
berikanlah mereka kekuatan"
amin
No comments:
Post a Comment