aku pernah berkata sebelum menghadapi peperiksaan akhir sem
seandainya Allah memberi aku peluang untuk aku lulus
aku akan meneman kakak ipar aku
selepas dia bersalin
sesungguhnya
Allah Maha Mendengar
aku diberi peluang untuk merasai kemanisan kejayaan
kini
sudah masuk sebulan aku bercuti
dan selama waktu ini
aku menetap sementara di Teluk Intan
ataupun berulang-alik ke Kuala Lumpur
untuk melaksanakan tugas aku sebagai seorang pelajar
dan juga sebagai seorang adik
sudah menjadi lumrah kebanyakan pelajar
setipa kali tibanya cuti mesti akan diisi
dengan pelbagai pelan
tidak terkecuali
aku juga berniat untuk mengambil semula lesen kereta
buat kali kedua setelah setahun lebih trauma dengan
kejadian yang menimpa
tapi apakan daya
tugas sebagai "pembantu rumah" perlu didahulukan
hampir 3 minggu
aku telah menguruskan hal anak-anak sedara aku ke sekolah
kemudian menguruskan hal berpantang kakak iparku
serta anak buah kecilku
alhamdulillah
banyak pengalaman yang aku pelajari
walaupun penat tetapi terasa seronok
membantu mereka yang telah menbantu aku selama ini
tambahan
aku juga dapat
mempraktikkan apa yang telah dipelajari
kepada bayi lelaki @ cucu lelaki sulung keluargaku
Muhd. Fayyad bin Muhd. Farid
No comments:
Post a Comment