Friday, May 13, 2011

permulaan sebuah pengakhiran

bukanlah terciptanya sebuah karya merdu
untuk dibuat lagu
tetapi
terbinanya sebuah perhubungan yang mungkin
akan berkekalan
tetapi
masa yang berputar itu bakal menjadi musuh utama

abaikan kata-kata yang entah terlintas dari sudut mana
kerana jari ini hanya mengatur langkah mengikut arahan

hari ini bakal berakhirnya sebuah posting elektif

di mana??

rasanya semua orang dah tahu akan kewujudan rumah ini

macam mana kalau ada yang tak tahu??

..hmmmmm..
mungkin dia bukan pelajar yang menuntut di UKM KL
atau
mungkin dia bukan penduduk tegar KL
atau
mungkin dia hanya memikirkan diri sendiri sehingga terlupa akan hal sekeliling

---------------------------------------------------
tarikh : 8 - 13 Mei 2011
masa : ikut sesuka hati kami
tempat : Rumah Titian Kasih
---------------------------------------------------

"..aik!!! nape sikit je yang ada kat sini.."
"..alamak!! apa nak buat nie.."
"..macam mana dengan plan kita??.."
"..kita buat je apa yang patut.."

biar apa pun yang terpacul di mulut
tetapi ingatkan si merah hati bahawa
walaupun sekecil mana pertolongan kita
walaupun sebesar mana kerih yang ditaburkan
niatkanlah usaha ini kerana Allah SWT

bukanlah
sumbangan setinggi gunung itu yang diharapkan
tetapi
cukuplah hanya
sekadar kasih sayang yang disalurkan
kerana
itu lebih bererti buat diri mereka

hati berdoa agar
pengakhiran ini bukanlah bererti tamatnya sebuah kisah
tetapi
hanyalah sekadar suatu permulaan yang tiada hujungnya

No comments:

Post a Comment