----------------------------------------------------------------------
nikmat dan hikmah Allah SWT
ada di mana-mana
pada bila-bila masa
kadang kalanya dapat dilihat secara zahirnya
tetapi ada juga yang disembunyikan
-----------------------------------------------------------------------
tak tahu kenapa
terlintas akan kenyataan seperti itu
di kala rakan-rakan lain
masih lagi bersuka-ria di rumah
aku masih berada di kolej
membuka kembali nota-nota yang tersimpan bersih
berjuang buat kali kedua di medan ilmu
pertama kali
membaca sebuah nota di papan kenyataan pejabat
membuatkan aku tunduk seperti mahu meraung sekuat hati
bukan kerana kegagalan pada sem VI
tetapi kerana posting akan bermula pada keesokkan harinya
apa yang dirancang di minda menjadi serabut segalanya
baru berfikir mahu kembali ke kampung halaman
tetapi aku akur kerana
mungkin ada hikmah tersembunyi di situ
(ayat paling terbaik untuk tenangkan jiwa yang lara)
selesai sahaja 3 minggu posting
aku sudah mulai sedar
aku dengan relanya mengakui
bahawa
"percaturan Allah SWT itu adalah yang terbaik"
No comments:
Post a Comment