Friday, June 25, 2010

tanjung karang

sekarang
sudah 2 minggu aku menetap di Tanjung Karang

kalo cakap jer ttg posting JKM
ramai senior-senior kata
'honeymoon posting'
'hawaii posting'
'posting paling rileks'
dan macam-macam lagi la

ada juga yang betulnya
tapi kali nie modul JKM ada sedikit
kelainan dan bebanan kerja mungkin lebih
sedikit dari tahun-tahun sebelum ini...

sebagai contoh :
kalo pergi buat Field Work
dekat hospital, PKD dan KK
kitaorg dah ada assignment yang berkaitan
dengan tempat tersebut...
so, kami kenalah mencari dan bertanya kepada
petugas yang memberi penerangan di bahagian masing-masing
kalo tak ternganga-nganga time presentation nanti

tapi yang best dan menarik ttg
posting nie...

everyday
we have time to play sport
everyday
we eat at difference food stall
and
every weekends
we cook and eat together

mungkin ramai sahabat-sahabat aku
mengidamkan mendapat JKM
sebagai posting terakhir mereka
tapi bagi pendapat diri ini
JKM merupakan permulaan yang
baik kepada kami semua
kerana dari sinilah kami akan
saling merapatkan ukhuwah antara satu sama lain
serta lebih bersatu padu dan bekerjasama
untuk posting yang akan datang...

nak tahu kenapa aku cakap macam nie??

sebabnya hari-hari
asyik jumpa 65 muka yang sama sahaja
berkeliaran di kompleks,
yang turun bermain di court,
yang naik bas untuk pergi makan dan sebagainya...

dipendekkan cerita
kami dekat kompleks nie dah macam hidup berkeluarga
bukan setakat sesama kami jer
tetapi dengan doktor-doktor, pengawal, penyelia
dan yang paling penting dengan pak cik bas..
sebabnya pak cik-pak cik inilah yang akan
bawa ke mana sahaja yang kita nak pergi..

sebagai kata-kata terakhir
"JANGAN PANDANG JKM DENGAN SEBELAH MATA
WALAUPUN NAMPAK SENANG
TETAPI TAHAP KESUSAHANNYA
ADALAH SAMA DENGAN POSTING-POSTING YANG LAIN"
(bak kata mentor aku = Dr Rohaizat)



:: buat tatapan sahabat-sahabat
yang sedang berpeluh-peluh, berpening-pening di HUKM ::

inilah alamat tempat kami

muka-muka gembira @ mungkin kesedihan
setelah tiba di kompleks

first dinner in Tanjung Karang @ Satay Hut

tempat kami ber'warming-up' sebelum joging

track untuk joging

court yang sentiasa penuh dengan pemain badminton
termasuklah pak cik bas

beriadah bersama di Pantai 'Berselut'

setakat ini dulu la update aku

..live from Tanjung Karang..

1 comment: