Friday, April 23, 2010

u.j.i.a.n


a.l.h.a.m.d.u.l.i.l.l.a.h

syukur ke hadrat Ilahi di atas segala
nikmat yang diberikan
tetapi aku harap diri ini tidak lupa bahawa
kesenangan juga satu ujian dari Allah S.W.T
untuk menguji sama ada
aku masih bersyukur dan mengingati-Nya...

segala debaran yang aku rasa
dari hari aku mula study week hinggalah saat tadi
terhenti apabila
seorang senior menelefon aku
dan menyatakan perkhabaran gembira buat diri ini...

tetapi setiap manusia itu terkenal
dengan sikap tidak puas hatinya
lalu diri ini tidak terkecuali
masih menghabiskan kredit untuk
mendengar sendiri perkhabaran itu
dari mulut pihak pejabat fakulti
maka benarlah apa yang didengar tadi...

t.e.r.i.m.a k.a.s.i.h

aku ucapkan kepada Yang Maha Esa,
kepada kedua-dua ibu bapaku,
kepada keluargaku,
kepada pensyarah-pensyarahku,
kepada rakan-rakanku
dan kepada sesiapa yang sentiasa memberikan
sokongan dan mendoakan diri ini...

tetapi
aku masih belum boleh bersenang hati
kerana aku masih perlu berjuang
untuk paper MS...

"Ya Allah, berikan yang terbaik buat diri ini dan
berikan kesempatan kepada diri ini untuk naik ke Tahun 3
dan meneruskan cita-citaku dalam bidang Perubatan ini.."

3 comments:

  1. Alhamdulillah wa syukurillah!clap2*congrats ana!smg kejayaan terus bersama anda!
    all da best for MS paper ye!my prayers with you^^

    ReplyDelete
  2. CONGRATZZ!!!
    alhamdulillah lepas yg ni~~~

    ReplyDelete