dah hampir 9 hari
exam tamat
tapi entah kenapa tiada mood untuk
berbicara tentangnya
biarlah exam itu menjadi
kenangan kepada diri ini
14, 15, 16............22
tup..tup
esok dah 23rd of April
meaning
RESULT EXAM FINAL SEM IV BAKAL KELUAR
"Ya Allah, andai kejayaan itu
adalah yang terbaik buat hambamu ini,
jadikanlah aku seorang yang
rendah diri dan bersyukur dengan nikmat-Mu"
dan
"Ya Allah, andai kegagalan itu
adalah yang terbaik buat diri ini,
jadikanlah aku seorang hamba yang
tabah dan redha dengan kehendak-Mu"
tipu kalau aku kata tak risau
tipu kalau aku kata tak takut
tipu kalau aku kata tak gerun
tapi aku berserah kepada Allah S.W.T
untuk menentukan segalanya pada diri ini
.....................................................................................
biarkan cerita esok menjadi
tanda tanya pada hari ini....
skrang aku mahu membawa diri
kembali kepada kejadian pada hari Ahad yang lalu
..
..
..
iaitu
aku bersama family telah
berlayar ke Langkawi
(okey..aku tipu...bukan belayar tapi naik bot)
idea ini dicetuskan oleh abangku dan kawan2nya
seawal pagi lagi rumah aku dah riuh-rendah
dengan kesibukan masing2
nak mandilah, nak bersiaplah dan etc..
selalunya dulu2 aku pegi Langkawi naik bot
dekat jeti Kuala Perlis but kali nie
kami naik kat jeti Kuala Kedah
bezanya bagi aku..
kat Kuala Kedah
jarak dan masa untuk sampai lebih jauh dan lama
sampai naik sakit badan duduk dalam bot tue lama2
sampai Pekan Kuah jer dah pun kul 11.oopg
ahli rombongan yang lain menanti dengan penuh sabar
menunggu abang2ku menguruskan hal transport
dan akhirnya naiklah kami sebuah van
semestinya
destinasi pertama kami ialah kedai makan
mana taknya
sarapan pagi pun tak sempat nak jamah
dek mengejar masa untuk naik bot...
seterusnya
van yang dibawa oleh my bro
hanya berpusing sekitar Langkawi jer
kerana kesuntukan masa serta
masing2 dah terbayang-bayang
kedai membeli-belah yang penuh dengan
coklat2 yang murah
pinggan-mangkuk yang berwarna-warni
dan aku??
hanya mengikut rentak mereka
sepanjang kunjungan aku ke Langkawi
mesti ada saja coklat yang aku nak beli
tapi untuk pertama kalinya
pada kunjungan ini
aku hanya menjadi pemerhati yang baik
akhirnya
Pekan Kuah menjadi destinasi terakhir
sebelum menaiki bot pada pukul 5.30ptg
apa yang aku dapat
daripada kunjungan ini ialah
KEPENATAN
dek kepanasan hasil daripada
pemanasan global
dan kenakalan anak2 buahku..
tetapi
KESERONOKAN
bersama keluarga
adalah lebih utama daripada segalanya
No comments:
Post a Comment