Sunday, November 29, 2009

t.e.r.i.m.a

dah hampir 2 weeks aku tak update
m.a.l.a.s
n.o.t i.n m.o.o.d
nie semua gara2 cuak menanti rsult yang bakal keluar
alhamdulillah
aku selamat sampai ke KL
disebabkan ketidaksabaran yang menggunung tinggi
dari hari khamis lepas
aku pun mengambil keputusan
untuk terus ke fakulti
jantung berdegup kencang mengalahkan angin monsun
badan terasa menggigil
senarai keputusan final sem III
tertera di depan mata
terus menatap senarai no matrix yang gagal
kerna hati berat ke situ
Ya Allah,
aku gagal satu paper
tertera di papan kenyataan
A122279 - 2613
dalam hati berkata
nie mesti MS
memang tepat
aku gagal paper Medicine & Society
sampai jer bilik aku terus call mak
bila terdengar jer suara mak
aku menangis
terkedu
tak sampai hati nak bagi tahu
tetapi
inilah realitinya dan aku harus menghadapinya
aku berfikir sejenak
merenung masa silam
memuhasabah diri kembali
apakah semua ini adalah dugaan
yang diberikan oleh Allah
untuk menjadikan aku lebih dekat kepada-Nya?
mungkin benar
kerna aku rasa diri ini seperti semakin jauh dari-Nya
tapi aku tak pasti
apa yang aku tahu
setiap perkara atau dugaan yang diberikan Allah
terkandung hikmah yang tidak terjawab oleh manusia
dan apa yang aku tahu
Allah akan menguji setiap umatnya
dengan perkara yang mampu ditanggung
oleh insan tersebut
merenung lagi
mungkin usaha aku masih belum mencukupi
untuk menerima kejayaan tersebut
tetapi
aku bersyukur kerna dengan dugaan ini
mungkin
akan menjadikan aku seorang pelajar yang lebih
bersungguh-sungguh dalam
mencapai cita-cita aku
dan menjadikan aku seorang hamba yang lebih
beriman kepada-Nya
aku tak pasti..aku tak tahu..
kerna semua jawapan
ada pada-Nya
aku redha..aku terima
segalanya
dengan tabah
kepada family ku,
adik dah buat yang terbaik
dan mungkin inilah
yang terbaik dari Allah untuk adik
tahniah aku ucapkan kepada yang berjaya/lulus
kepada yang kurang berjaya
kita masih punya 1 peluang untuk melakukan yang lebih baik
dan jangan kita sia-siakan peluang kedua ini
Insya-Allah
kejayaan itu milik kita
cuma masa yang membezakannya
antara cepat atau lambat
datangnya kejayaan itu
kepada kita
p/s : doakanlah kejayaan bersama
amin

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Ana, don't be sad. Allah is always by ur side and believe that this is another test given by Him.

    ReplyDelete
  3. Allah sorok kejap mthari, anda bruntung sebab Allah nk bg hadiah pelangi n xsume org bleh dapt..anyway conrets u hv done u good work, usaha 2 penting myb xnmpk benefits 2 skang tp in d next 3,4 yrs u'll see...keep up ur efforts!!!Allah always be with us..

    ReplyDelete
  4. bagus la ana..redha dgn segala yg datang..walaupon berat hati nak terima sebab Allah da janji bahawa setiap yg dugaan yang Dia datangkan ada hikmahnya..mungkin ini akan menjadikan ana insan yg lebih baik dimasa depan..sya juga penah alami kegagalan seperti ana..dan btol la..bahawa itu yang menjadikan sya lebih baik dr semalamnya..yakin dgn Allah..bahawa Dia x membebani hambaNya dgn sesuatu yang tidak mampu kita hadapi..GOOD LUCK N ALL DA BEST FOR U..

    ReplyDelete