alhamdulillah
tepat jam 0830
maka tamatlah sesi mengarang kembali
draft case write up
yang telah dibetulkan oleh supervisor
(tulisan tangan-non-stop)
alhamdulillah
long case pun dah lepas
"..i glad that you are improve compare to the previous.."
(tetiba rasa bersemangat bila Prof cakap mcm nie)
"..if you don't know to answer, just admit it
then we will ask you with another questions..
We will assess you based on knowledges that you know..
don't waste your time to keep thinking
in your blank brain.."
(kena atas batang hidung sendiri)
pejam..celik..pergi wad..makan..belajar
tetiba dah nak masuk minggu terakhir
posting pertama di tahun 4 @ psychiatry
rasa lain bila kaki mula melangkah masuk posting nie
mungkin kerana stigma berkaitan
orang yang mempunyai sakit mental
telah bermain-main sejak kecil lagi
aku tak mampu nak ubah stigma masyarakat
tapi bila masuk posting nie
aku mampu untuk mengubah stigma diri sendiri
mula-mula memang rasa takut
tapi bila dah seminggu..2 minggu
dah rasa serasi nak ambil sejarah pesakit
Psychiatry pelik sikit berbanding posting lain
kita kena pandai bermain dengan cerita pesakit
pandai goreng dan cari segala "Psychopathology" yang ada
kadang2 lawak dengar cerita pesakit
kadang2 rasa kesian
kadang2 pening
kadang2 takut
biasalah tue..mana ade benda yang senang
tinggal lagi seminggu saja
tinggal logbook sahaja lagi yang mcm huru hara
insya allah
:: i can do it ::
No comments:
Post a Comment