seperti yang ditulis pada entry sebelum
sekarang aku berada di posting
yang hari-hari akan berjumpa dengan kaum sendiri
jujur aku kata
posting nie merupakan posting yang paling produktif
berbanding posting lain
setiap malam mesti buka buku
sebab tak nak kantoi bila kena tanya dengan Dr
terutama time lectures and clinics
sebelum aku mengorak langkah lebih jauh
meh nak kasi intro sikit
dalam posting nie kitaorg ada 4 wad
wad kuning, oren, merah & hijau
dan tak tahu bagaimana penyusunannya
nama aku diletakkan bawah wad hijau
bersama Dr yang handal dalam bab2 Subfertility
(entah la badi ke takdir, roommate dan jiran sebelah aku
dulu pun dapat wad & Dr yang sama)
so, setiap selasa malam
aku mesti buka buku Gynae baca bab Subfertility & PCOS
apa yang bestnya
time clinic adalah time teaching kitaorg
so, every week mesti bawa balik senarai learning issues
untuk dibentang pada minggu seterusnya
apa yang beza posting nie ngan yang lain
ialah adanya
"GRAND WARD ROUND'
bagi wad aku
kira kena bersyukur sesangat
sebab hanya hari Isnin dan Khamis jer
walaupun hanya 2 hari tetapi
tekanan darah mesti tinggi, jantung wajib berombak kencang
bukan sebab ada Dr yang hensem..hanya gurauan sahaja
tapi sebab nak kena present cases
aku pula dapat bed dekat 'acute cubicle'
setiap minggu mesti aku pun dapat 'acute shock and hypertension'
mana tak nya
bed aku selalu dapat kes yang luar biasa
badan patient jer kat bed tue tapi kesnya jabatan lain yang handle
lagi satu perbezaan posting nie
adalah 'oncall' dekat labour room
nie time yang paling best sebabnya
aku dapat sambut baby
dekat sinilah PPD sangat diperlukan
dan dekat sini juga adalah tempat yang terbaik untuk
memuhasabah diri
bila tengok muka patient yang bertarung nyawa
cuba melahirkan anaknya
setiap kali itulah
akan teringat wajah mak
terfikir bagaimanalah keadaan mak time melahirkan aku
...to be continued...
:: Let's continue studying ::
^_^
No comments:
Post a Comment