23 Disember 2010
dalam sejarah
hari ini aku berdiri
tanpa duduk walaupun seminit
di dalam OT
selama 7 jam
(amik kau, nak tengok sangat APR)
tapi itulah
masa yang berlalu tue
pantas sangat
tak sedar pun ia berlalu pergi
4 jam pertama
para doktor bertungkus-lumus
untuk memisahkan usus dari lemak2
mematikan sesetengah salur darah
3 jam kemudian
usaha menarik-narik usus
keluar dari ruang pelvis
yang sangat-sangat kecil
macam nak tarik keluar kepala bayi pun ada..
---------------------------------------------------------------------------
tidak lupa juga kepada
pelajaran yang harus
dibuka kembali gara-gara
tergagap-gagap menjawab soalan daripada doktor bius..
ada ker tanya aku tentang
'Sickle Cell Disease'
confirm la aku mesti amik masa nak jawab
sebab terpaksa mencari balik ilmu-ilmu
yang tersimpan di dasar otak
tambahan pula
aku tengah tengok pesakit
yang ada kanser usus
mana la nak amik tau tentang penyakit-penyakit
berkaitan darah nie
...adoih...
No comments:
Post a Comment