dari apa yang kita belajar
dari apa yang kita faham
hijrah = perpindahan pada zaman Nabi S.A.W dari Makkah ke Madinah
yang membawa banyak perubahan kepada Islam
tapi macam mana nak aplikasi dengan kehidupan seharian kita???
perlukah kita turut berpindah seperti itu???
(penat wo kalo tiap-tiap tahun nak pindah jer menjelang awal muharram)
sekarang nie
jangan serabut nak fikir nak pindah mana
tapi mari kita fikir apa yang boleh diaplikasikan dalam diri kita
hijrah = sifat mazmumah ke mahmudah
nampak mudahkan??
dari huruf Z ke huruf H
kalaulah nak mengubah setiap individu dalam masyarakat kita
sebegini mudah
tak payah la nak fikir2 tentang
segala aktiviti sosial yang berleluasa sekarang..
tapi inilah kenyataannya
bukan main campak2 jer
salah campak
salah tambah
lain pula nanti jadinya...
nak buat kebaikan itu
memang susah...
kalaulah senang macam makan nasi
aman rasanya hidup di dunia nie...
tambah lagi nak beristiqamah dengan kebaikan tersebut
kadang2 ada jer gangguan di tgh jalan
(ku sangkakan cerah hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari)
tetapi
andai berbekalkan strategi yang baik dan pertolongan dari Allah S.W.T
yang sukar itu akan dipermudahkan jua..
take home message:
memilih bidang Perubatan ini
bukan hanya semata-mata mahu merawat pesakit secara fizikalnya
tetapi
kita juga adalah doktor
bagi merawat penyakit masyarakat kita sekarang..
jangan biarkan kebijaksanaan yang Allah kurniakan kepada kita
hanya ditumpukan kepada sesetengah ilmu
tetapi
bukalah minda untuk mengubati
masyarakat kita yang kian lama kian parah..
jangan biarkan tugas ini hanya digalas oleh guru-guru di sekolah
jangan biarkan tugas ini hanya dikendong oleh ustaz/ustazah
tetapi tugas ini adalah milik kita
kerana kita adalah khalifah di muka bumi ini..
sesungguhnya
kata-kata di atas adalah ditujukan kepada
insan yang menulis ini..
bukan untuk dipenuhkan di halaman ini sahaja
tetapi untuk dibuat renungan andai diri tersasar jauh..
I.N.S.Y.A A.L.L.A.H
No comments:
Post a Comment