Saturday, August 28, 2010

datang & pergi

S.U.B.H.A.N.A.L.L.A.H

sudah malam ke 19 ramadan
terasa begitu cepat ia datang
dan kini ia hampir pergi
berlalu meninggalkan kita

adakah kedatanganya kali ini
memberi seribu erti kepada kita
atau kedatangannya hanya kosong buat kita???

ditengah-tengah kesibukan kepenatan
posting di wad perubatan dalaman

A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H

Allah masih memberi aku masa dan ruang
untuk menghadiri sebuah usrah
yang berbincang ttg bulan ramadan

seorang naqibah telah menyuarakan pendapatnya

"...sebenarnya kalau kita renungkan kembali

bulan ramadan nie sebenarnya

bulan yang terbaik untuk memuhasabahkan diri....

dulu kalau kita malas nak buat kerja, malas nak solat,

malas nak buat perkara kebaikan, selalu jer mulut mengungkapkan

segalanya kerana syaitan yang menghasut diri kita...

tetapi kalau kita sebut ttg bulan ramadan

secara kasarnya semua tahu yang syaitan, iblis mahupun jin diikat...

inilah masa yang terbaik untuk kita tahu bahawa

adakah kita yang menguasai nafsu atau nafsu yang menguasai diri kita??


mudah-mudahan 10 malam terakhir ramadan ini
akan kita gunakan sebaik yang mungkin
kerana kita tidak tahu
adakah masih ada waktu untuk kita merasai ramadan yang akan datang...

No comments:

Post a Comment