Tuesday, February 23, 2010

I.L.M.U


"Aku telah meninggalkan kepada kamu wahai umat Islam dua
perkara, selagi kamu bergegang teguh kepadanya, maka
kamu tidak akan tersesat buat selama-lamanya, dua perkara
itu ialah kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah Nabi-Nya."
ALHAMDULILLAH
selesai sudah menghadiri satu majlis ilmu
bertemakan
'Dirimu jadi ikutan, Sunnahmu kami teruskan'
dikupas oleh
Prof. Izhar Ariff
......................................................................................................
Sesungguhnya apa yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W
merupakan wahyu dari Allah S.W.T
......................................................................................................
setiap tahun kita berarak, kita bernasyid, kita melaungkan selawat
semuanya kita lakukan bagi satu sambutan iaitu
Maulidur Rasul
tapi...
kita masih kita, kita tetap kita, kita tetap sama
berperangai seperti syaitan, seperti jin
setiap hari, kita selak, kita baca akhbar
terpampang satu berita yang sudah menjadi lazim kepada kehidupan
harian kita
'sana sini kisah pembuangan bayi'
bukan itu sahaja
kita banggakan, kita gembira dengan apa yang orang kafir
lakukan sebagai contoh hiburan, pakaian
kita tekan remote tv...101, 102, 103, 104, 107...
semuanya penuh...penuh dengan hiburan
kita bergaduh sesama kita padahal itu adalah saudara seagama kita
tapi pernahkah kita lihat dengan teliti, renung sedalamnya
bahawa orang kafir sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain
bukan setakat di hadapan buku bahkan di medan perang sekalipun
kita belajar hingga ke tahap tertinggi,
kita merantau serata dunia demi menuntut ilmu,
kita bekerja sebagai pensyarah, doktor,
kita hidup dengan pendapatan yang lumayan,
tetapi alangkah sedihnya apabila
kita lupakan pada yang satu iaitu Allah
kita alpa dengan solat, kita lupa dengan zikir, kita lupa pada Al-Quran,
kita lupa pada Sunnah Rasulullah
kononnya
'aku sibuklah, mekap aku teballah, aku kena cepatlah...'
kita tertanya, terfikir
BAGAIMANAKAH MEMANTAPKAN DIRI
UNTUK CINTAKAN RASULULLAH S.A.W????
1. Pentingkan tanggungjawab
terbahagi kepada 3 :
a) Dahulukan hak Allah
iaitu
jangan buruk sangka kepada Allah &
buat segala dalam rukun Islam dan Iman
"Rasulullah S.A.W merupakan seorang pemimpin yang hebat
tetapi tidak pernah seketika pun baginda melupakan Allah..."
"Kita sentiasa tidak puas hati dengan apa yang kita ada, kita bandingkan
ciptaan Allah kepada kita dengan orang lain, kita marah bila dilahirkan dengan
kulit yang gelap, kita sering mempersoalkan segala ciptaan-Nya...
padahal apa yang diciptakan di langit dan di bumi,
ada hikmah di sebalik kejadiannya..."
cuba kita bayangkan jika semua jari kita berbentuk seperti ibu jari...
bisakah kita memasukkannya ke dalam hidung???
b) Membaca sejarah Rasulullah S.A.W
"Kita sering bergosip tentang artis itu, tentang artis ini,
kita tahu segalanya dari A hingga ke Z, lancar saja mulut kita berbicara
tapi sedih apabila kita ditanya tentang sirah Rasulullah S.A.W,
kita mula tunduk menatap lantai, tangan mula menggaru kepala
kerana apa???
kerana kita tak pasti, tak tahu sedikit pun tentang baginda..."
c) Hak dengan manusia
"Senyumlah seandainya hanya itu yang mampu kita lakukan
kepada orang lain..."
2. Pentingkan ilmu dan amalkannya
"Imarahkanlah masjid @ surau
kerana di situlah tempat untuk kita tambahkan ilmu,
di situlah tempat untuk dapatnya hidayah dari Allah S.W.T
Insya Allah..."
"Berdirinya nanti kita di depan Allah,
bersediakah kita untuk menjawab segala persoalan :
a) Umur
-apakah amalan yang telah kita lakukan sepanjang hidup di bumi Allah-
b) Ilmu
-apakah yang kita amalkan dengan ilmu yang kita tuntut-
c) Duit
-di manakah datangnya dan ke manakah perginya duit yang kita perolehi-
d) Keremajaan
-apakah yang dilakukan ketika usia muda kita-
3. Menjaga amalan zahir dan batin
"Amatlah penting bagi seseorang itu untuk menjaga HATI
kerana segalanya bermula di situ..."
"Jahat hati, jahatlah segalanya...
Baiknya hati, Insya Allah murah rezeki..."
4. Jangan ikuti golongan bukan Islam/Barat
5. Memastikan keluarga mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W
p/s : renungkahlah kembali akan kehidupan yang telah dilalui...
ADAKAH KITA BERADA DI LANDASAN YANG BETUL??
segala yang dikarangkan adalah untuk renungan bersama
dan yang lebih penting buat muhasabah diri
kepada tuan empunya blog....
INSYAALLAH

No comments:

Post a Comment