Wednesday, January 6, 2010

misi

setelah lama menunggu, setelah penat merancang,
setelah penat berbincang, setelah penat bertukar pendapat
akhirnya
kami berenam bersiap untuk berjuang
merealisasikan kehendak modul CHC
kala langit masih gelap
kami mengorak langkah seawal 7 pagi untuk ke fakulti
takut-takut kehilangan bas untuk ke HUKM
kadang-kadang kita diuji untuk dilihat bagaimanakah kita mengendalikan masa itu
kerana bas tersebut turut datang ke KTSN kembali
tapi bila difikir, direnung peribahasa lama
"sediakan payung sebelum hujan"
bibir kembali mengukir senyuman
perut mula berbunyi, jam di tangan masih awal waktunya
kaki dihayun terus ke kafe
dengan niat yang murni agar bertenaga untuk meneruskan usaha
misi diteruskan untuk ke Unit Rekod HUKM
mungkin ini kali pertama buat kami insan yang bergelar pelajar
untuk membaca rekod pesakit
bukan hanya 1 tulisan tetapi hampir 15 tulisan
tangan yang berbeza yang memerlukan tafsiran yang pelbagai
hampir putus asa kami kerana susah
untuk memahami segala 'term' yang digunakan
hati berkata
"baru ku sedar beginilah nasib jururawat, ahli farmasi dan yang terlibat
untuk menafsirkan segala catatan yang dicatat oleh doktor..
aku mula memasang niat agar menulis dengan jelas segala yang penting
agar kelak tidak menjadi penyusah kepada yang lain.."
hampir 2 jam kami bertungkus-lumus
memahami, mencari dan menulis segala yang tertera
di atas kertas di dalam fail yang setebal Mama Robbins
otak terasa letih menafsir, sarat dengan maklumat
tetapi jiwa gembira kerana hampir terjawab segala persoalan
di minda, hampir penuh semua sejarah pesakit
hati mula tertanya-tanya
benarkah jauh rumah pesakit itu seperti yang digempurkan
segalanya terungkap apabila teksi mula meluncur laju
di atas jalan raya
berborak, bertanya, bergelak bersama pak cik teksi
hingga 30 minit perjalanan ibarat 10 minit sahaja
pintu terbuka sedikit ibarat menunggu kehadiran
salam diberi sebagai tanda hormat
dan keluarlah seorang wanita, masih muda gayanya
dengan senyuman manis menyambut kami dengan penuh terbuka
segala data cuba digali agar mendapat sebuah kisah seperti
di dalam buku cerita
hati tenang kerana mak cik terbuka untuk menceritakan
segala-galanya tanpa segan silu walaupun
agak segan untuk membenarkan kami mengambil gambar
masa pantas berlalu, tanpa sedar sudah 2 jam lebih kami berborak
akhirnya
kami meminta diri
dan memohon kebenaran untuk datang buat kali kedua
kerana mungkin masih ada yang perlu disoalkan,
masih ada yang perlu dibantu
hati berdoa agar pak cik akan kembali sembuh
seperti sedia kala

No comments:

Post a Comment