Saturday, December 26, 2009

pameran

PWTC :
Pameran Perubatan & Sains Kesihatan
yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh UKM
walaupun aku tak ditugaskan untuk menjaga booth
tetapi aku and Mcna still semangat nak melawat
kengkawan yang bertugas...
sebenarnya pameran nie dikhususkan kepada
lepasan SPM or STPM/Matrikulasi
supaya mereka sedar bahawa banyak lagi kursus yang ditawarkan
yang berkaitan kesihatan
bukan bererti mereka tidak disarankan mengambil kursus2 yang kritikal
seperti Perubatan, Pegigian & Farmasi
tetapi jangan berputus asa dengan diri
andai tidak terpilih menjadi salah seorang pelajar dalam kursus2 tersebut
masih banyak lagi kursus lain yang ditawarkan
dan menjanjikan peluang kerjaya yang tinggi
dan tidak bermakna hanya pelajar yang diuji dengan keputusan yang cemerlang
pada peringkat SPM or STPM/Matrikulasi sahaja yang berhak mengisi tempat tersebut
kepada yang kurang berjaya anda masih ada tempat lagi
anda boleh memilih institusi lain seperti ACMS
tidak semestinya orang yang memegang diploma tidak akan pergi jauh
andai keputusan anda baik
anda bisa merealisasikan impian anda untuk menjadi doktor...
sekitar di PWTC:
of course la tak ramai dan tak sesak
seperti pesta buku dulu
pintu depan nak masuk PWTC pun lengang..
tapi aku n mcna redah jer..
masuk jer dah nampak banner ttg pameran nie..
usha2..macam kenal jer Dr dalam banner nie..
betullah...Dr Tan Geok Chin rupanya...
tetiba pintu depan Dewan Anggerik terbuka
keluar seseorang dengan beg galas dibelakang
bertanya arah tujuan kami
L : Nak ke mana?
K : Nak pegi pameran..
L : Owh.. Kat sana jer.. Dari mana nie?
K : UKM
L : Amik bidang ape?
K : Perubatan..
L : Dah tahun berapa?
K : Tahun 2.
L : Kat KTSN la.. Tahun 3 nanti kat KTDI kan? Jumpa la nanti
K : Aahh..
sebenarnya, kami berdua terkejut giler
apa yang dimaksudkan dengan jumpalah kita nanti???
adakah beliau seorang Dr dari HUKM..
tapi bila ditgk, dibelek dekat beg beliau
ada logo Kementerian Tinggi Pendidikan
hmmm... entahlah....
terus berjalan
ada satu ruang untuk ke dewan2 seminar
ada talk rupanya..
terus mencari booth2 IPTA/IPTS
akhirnya jumpa jugak
biasa jer booth2 tue, kecik jer ruang
orang pun tak ramai
tapi rasanya booth Perubatan UKM
paling meriah kot..
macam orang tak ada tujuan
kaki berpatah balik ke dewan2 seminar
dengar kata ada seminar Dr Sheikh Muzaphar
kaki terus dihayun
tetiba nampak bebudak 1st year Medic
rupanya talk Perubatan dah habis...
aku ternampak muka seseorang yang memang aku kenal
tetiba aku kaku, terkesima,
dekan fakulti aku depan mata jer..
berangan-angan nak ambil gambar bersama
tetapi macam mana nak approach??
susah, lidah memang kelu giler nak bertutur...
tak pe la, tak ada rezeki.. :((
berjalan lagi
akhirnya kami masuk jer seminar Dr Sheikh Muzaphar
kali nie dekat sikit nampak muka beliau
dulu pun pernah jumpa
tetapi kat UKM Bangi ketika orientasi
muka beliau pun tak jelas sangat nampak...
apa yang diperkatakan basically
sama jer macam yang aku dengar dulu
dan beliau ada menyatakan bahawa akan menubuhkan sebuah
yayasan sendiri yang terbuka kepada 200 orang pelajar
so, 200 orang same as his anak angkat la..
bertuahlah for those kids...
pesananku :
kepada adik2 yang masih terhimpit, bingung untuk
membuat keputusan memilih kursus yang terbaik..
pilihlah berdasarkan kerelaan dan minat anda..
bukan atas dasar paksaan orang lain..
jangan mengaku kalah andai diri tidak layak untuk yang terbaik
kerana masih banyak peluang di hadapan anda

2 comments: