Masa berlalu begitu pantas.. Rase macam semalam baru masuk universiti.. Tapi hakikatnya dah nak habis semester ketiga dalam bidang Perubatan nie.. Dan diri ini juga semakin meningkat dewasa meniti hari-hari yang mendatang.. Terkenang zaman kanak-kanak dulu, selalu berkata dalam hati betapa seronoknya bila dah besar, boleh ada duit sendiri, boleh beli apa saja dan macam-macam lagi kehendak yang ada.. Realitinya, semakin dewasa kita, semakin banyak dugaan, cabaran dan tanggungjawab yang perlu dipikul..
Saat ini, umur telah bertukar angka.. Dari 19 ke 20.. Pejam.. Celik.. Pejam.. Celik.. Telah hampir 19 tahun diri ini berdiri, berlari, bernafas di atas bumi ciptaan Allah.. Selama 19 tahun ini juga diri ini belajar erti kehidupan yang diibaratkan seperti roda yang berpusing-pusing.. Kadang-kadang diri ini di atas, kadang-kadang di bawah.. Itu semua lumrah hidup yang mengajar kita untuk menjadi lebih matang.. Sesungguhnya, pengalaman merupakan guru terbaik untuk menjadikan kita seorang yang lebih baik.. InsyaAllah..
Tangan diangkat, hati merintih memohon agar Allah mengasihi kedua ibu bapa yang telah membesarkan diri ini dan terus memelihara diri ini daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang-Nya serta memberkati perjalanan hidup ini sehinggalah ke nafas yang terakhir.. Moga hari-hari yang mendatang akan memberi sinar dan harapan baru bagi meneruskan hidup di atas muka bumi yang penuh dengan dugaan yang kadang-kadang berlaku tanpa kita sedari.. Moga Allah memberikan kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup serta memberikan kejayaan dalam bidang Perubatan agar diri ini dapat menjadi seorang DR yang beriman dan berjaya.. AMIN..
Special tribute to my family,
Tak ada ucapan yang dapat adik lafazkan, ungkapkan bagi melahirkan rasa terima kasih kerana membangunkan adik tika diri ini jatuh ditimpa dugaan, memarahi adik tika diri ini lalai dengan arus dunia, menolong adik tika diri ini dalam kesusahan, meraikan adik tika diri ini berjaya mengecapi kejayaan..
Mak.. Ayah.. Terima kasih kerana menerima adik di muka bumi ini, membesarkan adik tanpa merungut walaupun sedikit pun, menelan segala telatah adik dan memberikan adik kasih sayang yang tak mampu diri ini balas dengan harta dunia.. Insya Allah, doa adik akan sentiasa bersama-sama mak dan ayah..
Abang Chaq, Abang Chik, Abang Min dan Abang.. Terima kasih atas segala yang kalian berikan kepada adik.. Tak pernah sedikit pun lokek dengan kasih-sayang dan sentiasa menghulurkan bantuan tika diri ini dihimpit kesempitan..
Kak Pah dan Kak Farrah.. Adik bersyukur kerana Allah menganugerahkan adik kakak ipar yang diibarat seperti kakak sendiri kerana sentiasa melayan segala karenah adik.. Menjadi pendengar yang baik dan pemberi nasihat tika diri ditimpa masalah. Tak pernah lokek dengan segalanya..
Ana, Aliyah, Izzah dan Athirah.. Kalianlah teman acu dikala sedih dan gembira.. Kalianlah penghibur bagi kami semua.. Moga kalian semua membesar menjadi seorang muslimah yang sejati dan berjaya dunia dan akhirat..
Special tribute to my friends,
Terima kasih kerana menjadi sahabat anna.. Moga hubungan persahabatan kita akan kekal selamanya dan moga Allah memberikan yang terbaik buat kita semua tidak kira di mana kita berada dan sentiasa mendapat rahmat-Nya..
Lastly, i want to wish myself... HAPPY BIRTHDAY, NOOR FARHANA ZAKARIA... May Allah bless me and all my dreams come true... Insya Allah...

No comments:
Post a Comment